Sekapur Sireh

Assalamualaikum w.b.t
Serba sedikit mengenai diri saya:-
Rusliza binti Ahmad
Guru Bahasa Melayu
No Matrik: D20112053113


Friday 14 December 2012

PENJODOH BILANGAN


Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Contoh:
      3 orang pelajar
      3 orang guru

PerkataanErti/KegunaanContoh
angkatankumpulan seragamseangkatan tentera
bariskumpulan benda dalam bentuk garis lurussebaris ayat
batangbenda panjang atau tinggisebatang sungai, sebatang pokok
bentukbenda yang melengkungsebentuk cincin
berkasikatan atau susunanseberkas kayu api
bidangbenda yang luassebidang tanah
biji1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilahbenda yang tajamsebilah pedang
buah1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
bukubenda yang berbongkahsebuku sabun
bungkusbenda dalam bungkusansebungkus nasi
butirbenda yang kecilsebutir peluru
carikkepingan yang dicariksecarik kain
cebispotongan, serpihansecebis kaca
cekakbenda bersaiz secekak jarisecekak sirih
cubitsedikitsecubit garam
cucukbenda yang ditusuk dengan lidisecucuk sate
dastembakan21 das tembakan meriam
deretbenda-benda dalam sebarisansederet kedai
ekorhaiwanseekor ayam
gugusbenda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatansegugus anggur
gelungbenda yang berlingkarsegelung tali
gemalsama dengan "cekak"segemal padi
genggambenda-benda yang dipegang dalam kepalan tangansegenggam beras
gulungbenda yang digulungsegulung kain
gumpal1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helaibenda yang nipis dan lebarsehelai baju
hidangankumpulan makanan dan minuman yang disajikansehidangan kuih-muih
hirispotongan nipissehiris daging
ikatbenda-benda yang diikat rapatseikat kayu api
jambakkarangan (bunga dll.)sejambak bunga
jambanganbenda dalam pasu atau belangasejambangan bunga
jemputbenda-benda yang diambil dengan hujung jarisejemput pasir
kakisekaki payung
sekaki cendawan
kandanghaiwan dalam kandangsekandang kambing
kapursirihsekapur sirih
kawankumpulan haiwansekawan lembu
kelompokkumpulan, gugusansekelompok pulau
kepalgumpalanbeberapa kepal nasi
kepingkepingan, potongansekeping kertas
kepulgumpalan asap atau awan yang tebalsekepul asap
keratbaahgian, potongansekerat tulang
ketulgumpalan, ketulanseketul daging
kotakbenda dalam kotaksekotak bijirin sarapan
kuntumbungasekuntum bunga merah
larassenjataselaras senapang
lembarbenda yang panjang dan luas bidangnyasebidang kain
lingkarsama dengan "gelung"selingkar tali
longgokhimpunan, timbunanselonggok sampah
naskhahsalinan bahan bacaan bersirisenaskhah majalah
orangmanusiadua orang anak
papankepingansepapan petai
pasangbenda yang berduaansepasang kasut
pasukankumpulan seragamsepasukan pemain bola sepak
patahperkataansepatah kata
pintubangunansepuluh pintu kedai
potongkepingan yang dipotongsepotong kek
pucuk1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk pistol
puntungkeratan kayu yang pendek-pendeksepuntung kayu api
rangkapbaris-baris karanganserangkap pantun
rawanmenyatakan selengkap benda ituserawan jala
ruasbahagian di antara dua bendabeberapa ruas tebu
rumpunkelompok, ikatanserumpun serai
sikattangkai pisangsesikat pisang
sisirsama dengan "sikat"sesisir pisang
suapsebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulutsesuap nasi
tandanbuah-buahan yang bergugussetandan pisang
tangkaibungasetangkai bunga
teguksebanyak yang ditelan sekaliseteguk air
timbunhimpunan sesuatu yang bertindih-tindihsetimbun sampah
titiktitisansetitik air mata
tongkol1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulasbahagian buah yang berbiji dll.seulas buah durian
untairangkaian benda yg dicucukseuntai manik
uratgelang atau benda yang kecil (halus) dan panjangdua urat gelang
utasbenda yg beruraiseutas jam tangan


KESALAHAN TIDAK MELETAKKAN KATA SENDI NAMA SELEPAS KATA ADJEKTIF YANG MENUNJUKKAN PERASAAN


Kata sendi nama yang memberi pengertian konsep perasaan, misalnya kasih, benci, dan segan hendaklah diikuti dengan kata sendi nama.  Murid selalunya tidak meletakkan kata sendi nama selepas kata adjektif tersebut. Contohnnya
Salah                                                      
1. Aminah rindu emaknya.
 Betul  =  Aminah rindu akan emaknya
2.  Azril segan bertanya.        
Betul  =  Azril segan untuk bertanya.
3. Saya benci kelakuan buruknya  
Betul = Saya benci dengan kelakuan buruknya.

CONTOH SOALAN UJIAN
1. Puan Zaliha  _________ akan anaknya yang sedang belajar di luar negara.
            A. sedih
            B. rindu
            C. kecewa
            D. gembira




Gambar 1
Soalan 2 berdasarkan gambar 1
2.  Encik Zamri  mempunyai seorang anak lelaki yang _________.
            A.  cerdik
            B.  cantik
            C.  kacak
            D.  peramah

3.  Baharudin terus ke padang apabila hujan mulai _________ .
A.   habis
B.   lemah
C.   kurang
D.   reda

4. Generasi ___ perlu dididik supaya dapat hidup berdikari.
            A. tua
            B. dewasa
            C. remaja
            D. muda

5. Lampu basikal Johan semakin _____  akibat dinamonya yang sudah mulai
    rosak.
A.   malap
B.   gelap
C.   padam
D.   hitam

KATA PEMERI
Kata pemeri = ialah & adalah
▪Ialah digunakan sebelum kata nama
▪Adalah digunakan sebelum kata sendi  dan kata kata adjektif
 Contohnya:
Ialah = kata nama am ( buku, sekolah, kampung)
    kata nama khas ( Aisyah, Terengganu, Bank Islam, Proton                                                  Perdana)
Contoh ayat :
1.    Nama adik perempuan saya ialah Aisyah.
2.    Bank yang terbesar di Kuantan  ialah   Bank Islam.
3.    Kereta Encik  Amran ialah kereta Proton Perdana.

Adalah =   kata adjektif ( baik, merah, besar )
               Kata sendi ( akan, untuk, pada, daripada)


Contoh ayat:
1.    Rumah Cikgu Maimunah adalah cantik.
2.    Baju baru ini adalah untuk anak kakak saya yang baru dilahirkan.
3.    Warna kereta baharu abang saya adalah hitam.

NOTA: Murid selalu tertukar menggunakan kata pemeri ialah dan adalah.